TIPS SEMULAJADI MELEBATKAN RAMBUT


Masalah rambut gugur atau rambut nipis semestinya satu masalah besar bagi ramai orang tidak kira lelaki atau wanita. Ianya berpunca daripada faktor pemakanan yang tidak betul, cara penjagaan rambut yang salah, produk rambut yang terlebih banyak bahan kimia, cuaca yang tidak menentu, stres dan banyak lagi.

Kadang kala ianya buatkan lagi tekanan pada diri apabila melihat keadaan rambut yang gugur teruk dan menipis. Bahkan pelbagai tonik dan produk rambut yang telah dicuba dengan amaun wang yang besar turut dilaburkan semata-mata untuk melebatkan rambut.

Apa kata anda cuba kaedah mudah dan jimat ini untuk melebatkan rambut kerana ianya sangat efektif. Malah, sihat dan selamat untuk kulit kepala kerana tiada sebarang bahan kimia,100% dari bahan organik. Cubalah!


DAUN LIDAH BUAYA


Ambil dua atau tiga helai daun dan potong kepada dua bahagian. Perah gel yang terkandung di dalam daun tersebut dan sapukan rata pada kulit kepala dan rambut. Biarkan selama setengah jam. Bilas dengan air sederhana suam. Lakukan sekali atau dua kali dalam masa seminggu untuk mendapatkan rambut sihat dan lebat. Mengambil satu sudu jus daun lidah buaya setiap hari ketika perut kosong juga mampu membantu melebatkan rambut.

JUS OREN


Kupas kulit buah oren dan tumbuk sehingga lumat. Sapu rata di atas rambut dan kulit kepala. Biarkan selama 15 hingga 20 minit dan cuci sehingga bersih. Lakukan sekurang-kurangnya sekali dalam masa seminggu untuk membantu pertumbuhan rambut pada kulit kepala.

AVOKADO


Lumatkan isi buah avokado bersama pisang dan gaul sehingga rata. Kemudian, sapukan campuran dua buah ini ke atas kulit kepala berserta urutan ringan. Biarkan ia mengering selama setengah jam agar khasiat kedu-dua buah ini meresap masuk ke dalam kulit kepala. Cuci rambut dengan air suam selama 15 minit bersama syampu. Rambut akan kelihatan lebih tebal dan sihat setelah rambut kering sepenuhnya.

MINYAK KELAPA


Panaskan minyak kelapa dan urut kulit kepala menggunakan minyak kelapa tersebut dengan hujung jari. Lakukan urutan membulat dan tidak terlalu kuat tekanannya. Setelah itu, lindungi rambut dengan tuala tebal yang sudah direndam bersama air panas. Biarkan ia selama setengah jam dan cuci dengan menggunakan syampu. Ulangi kaedah ini sekurang-kurang sekali seminggu untuk memberikan kesan rambut yang lebih tebal dan panjang secepat mungkin.

DAUN INAI

Ambil beberapa helai daun inai, campurkan sedikit air ke dan kisar sehingga ia menjadi seperti pes dan biarkan selama beberapa jam. Ambil pes inai tersebut dan sapukan ke atas kulit kepala (bukan pada rambut), dan tutup kepala dengan topi mandian selama tiga jam. Sekiranya ada lebihan, sapukan juga pada rambut anda untuk pewarna. Kemudian cuci kulit kepala anda dengan air sehingga bersih. Cuci rambut anda menggunakan conditioner sekiranya anda menyapu pada rambut anda. Amalkan sebanyak dua kali seminggu untuk menggiatkan lagi pertumbuhan rambut dengan lebih pantas.

Comments